| 
 Little Sweet Hello fellas creatures! I'm Nur Aqilah the owner of this blog. Please be nice here. Follow mine? Follow yours back. Thankyou :) Follow @aqilahsrhn Little Cbox ![]() Little Thanks   This skin is made by Amabee  Using some basecode from Aulia  Others things is  xoxoxoxoxoAll rights reserved ® Mrs Af 2011 - 2012 
 | Bunga-Bunga Syurga Episod Akhir 
Saturday, 9 June 2012 | 11:26 | 0 panda 
Drama Bunga – Bunga Syurga akan menemui anda di Slot Zehra TV3, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula esok 9 Mac 2012. Antara pelakon yang membintangi drama Bunga – Bunga Syurga ialah Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusuf, Bea Ramesan, Eira Hazali, Amirul Danial dan Lazizah. Sinopsis Drama Bunga – Bunga Syurga di Slot Zehra Tv3 Drama ini mengisahkan  tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada  kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang  dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati  dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq  (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka,  Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati  dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah  bertahun berlalu. Bapa saudara mereka, Azmin sanggup  menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya,  Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui  Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia  tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin  mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta  anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas  dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun  Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang  berlebihan. Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak  oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering  bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum  darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan  perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan  menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah  yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan  Azmin terjatuh. Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman  (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar  harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan  kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman  bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut.  Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu  agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan  kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran  dengan rumahnya. Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan  Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari  Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak  menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar  untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan  sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun,  apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah  Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin. Sofia enggan pulang ke kampung kerana  malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang  menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa  menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia  pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh  sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak  pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya,  Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu  terjadi. Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang  perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus  merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim  mengetahui hal sebenar? Episod Akhir BBS  http://mmfcinema.blogspot.com/2012/06/blog-post_09.html    (klik link di atas untuk menonton Bunga-Bunga Syurga Episod Akhir :)  |