Aqilah's
Little Sweet




Hello fellas creatures! I'm Nur Aqilah the owner of this blog. Please be nice here. Follow mine? Follow yours back. Thankyou :)

Mood : tashabarr nak raya hmm hahaha
Status : Jarang update blog sbb bz((f4 lah katekan))spm victim next year.ommgee!
Little Cbox




Little Thanks

This skin is made by Amabee
Using some basecode from Aulia
Others things is xoxoxoxoxo

All rights reserved ® Mrs Af 2011 - 2012
Izara Aishah Dalam Naziha - Slot Zehra TV3 -
Saturday 16 June 2012 | 09:36 | 0 panda

Dulu ramai yang melekat depan TV setiap hari selesa sebab nak tengok drama Vanilla Coklat. Kuat betul penangan drama Vanilla Coklat walau pon pelakon dalam drama ini boleh dilabelkan sebagai pelakon yang masih baru dalam industri lakonan, ini membuktikan Izara Aishah mempunyai bakat lakonan yang tersendiri sehingga membuatkan ramai yang menyukai lakonannya .setelah drama Vanilla Coklat tamat, Izara Aishah sekali lagi muncul dalam drama terbaru yang berjudul "Naziha" dalam Slot Zehra di TV3..


Sinopsis Drama Naziha

"Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?

Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?"