| 
 Little Sweet Hello fellas creatures! I'm Nur Aqilah the owner of this blog. Please be nice here. Follow mine? Follow yours back. Thankyou :) Follow @aqilahsrhn Little Cbox ![]() Little Thanks   This skin is made by Amabee  Using some basecode from Aulia  Others things is  xoxoxoxoxoAll rights reserved ® Mrs Af 2011 - 2012 
 | Izara Aishah Dalam Naziha - Slot Zehra TV3 - 
Saturday, 16 June 2012 | 09:36 | 0 panda 
Dulu ramai yang melekat depan TV setiap hari selesa sebab nak tengok drama Vanilla Coklat. Kuat betul penangan drama Vanilla Coklat walau pon pelakon dalam drama ini boleh dilabelkan sebagai pelakon yang masih baru dalam industri lakonan, ini membuktikan Izara Aishah mempunyai bakat lakonan yang tersendiri sehingga membuatkan ramai yang menyukai lakonannya .setelah drama Vanilla Coklat tamat, Izara Aishah sekali lagi muncul dalam drama terbaru yang berjudul "Naziha" dalam Slot Zehra di TV3.. Sinopsis Drama Naziha "Drama  Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik.  Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang  sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan  perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang  dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak  pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa  untuk mendapatkan Naziha. Pada  satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah  memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai  mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan  oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan  mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun. Semakin  lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah  ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada  rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara  Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan  mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari  perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana  sebuah fitnah. Farouk  telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa  malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan  Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental  oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah  yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan  Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah  Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang  baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?"  |